Tuesday, 30 April 2013


Kegembiraan di dalam rumah tidak sempurna kalau tidak bergema di dalam hati ibu. Kejayaan dalam kerjaya tidak bermakna tanpa ada kesucian perdamaian dalam rumah tangga. Kesenangan pergaulan yang baik dalam rumah tangga adalah syurga dunia. Ia mesti jadi cita cita terpenting bagi kita bisneswoman yang berjaya.

Suami kata, "Lelaki itu sebenarnya lemah; dalilnya wanita diciptakan untuk menolong".

Kelab Berani Cantik mengimpikan wanita bergelar cikpuan yang sopan dalam berkata, tahu menjaga diri serta dilihat anggun terampil.Wanita yang tahu darjat diri sendiri. Wanita yang tahu upaya akalnya. Kemudian bekerja keras, bekerja cerdas dan bekerja ikhlas menurut darjat dan upaya akalnya.

Sunday, 28 April 2013


Bisnes berkembang secara bertahap. Pertama: Bersihkan kebun dulu agar lalang tidak merimbun. Cara terbaik adalah bersihkan hati. Apa yang kita sangka itulah yang kita dapat. Kedua: Gemburkan tanah. Baru tanam biji benih. Bisnes kecil tapi layan pelanggan seumpama orang besar. Ketiga: Ada edah masa untuk tunggu waktu menuai. Ikat perut. Bersabar. Jagai bisnes sebaik cara. Beri masa untuk berjaya. Kita tidak berbisnes cepat kaya. Bisnes berkembang setelah melepasi pelbagai dugaan, penolakan dan cabaran.

Saturday, 27 April 2013


Bijak membawa diri dan tahu dengan siapa kita berkomunikasi. Sopan berkata supaya tiada hati yang tercedera. Bijak berkata, aturan adab membezakan siapa kita. Bersama YB Pengerusi MARA yang sentiasa mesra, tidak mengenal usia dan strata.

Ramai orang ingin jadi Bisneswoman Celebrity. Ada baik dan banyak buruknya. Saya berbeza. Saya Bisneswoman. Zul Fazli adalah Celebrity Make Up Artist.

Friday, 26 April 2013


Ikon Berani Cantik, Zul Fazli Suhadi mengajar petua untuk cantik:
1. Berdisiplin 
2. Jaga Kebersihan
3. Hati mesti Bersih. Maafkan semua orang. Usah ada iri hati
4. Senyum sentiasa.
5. Belajar ilmu Kecantikan.

Tuesday, 23 April 2013


Pelanggan adalah "boss besar" yang tiada dalam carta organisasi syarikat.

Kosmetik dan pemakanan kesihatan adalah produk bukan keperluan harian. Bukan mudah untuk pelanggan berterusan buat pembelian berulang. Majoriti yang terlibat telah terbakar tangan. Hanya yang berkemahiran cekal bertahan. Kemahiran boleh dipelajari.

Bisnes kecil untung besar. Bisnes gaya pekedai runcit. Bina hubungan rapat dengan pelanggan. Tambat hati dengan memuliakan mereka.

Empat langkah AIDA: 
1. Bakal pelanggan mesti diberitahu kita wujud. Syarikat kita wujud. Produk kita wujud.
2. Lakukan sesuatu agar pelanggan kita berminat. Fikir untuk bantu pelanggan, pelanggan, pelanggan. Bukan 'apa yang mahu jual'. Gelombang minda akan memancarkan keikhlasan diri. Sopan santun dalam berkata adalah seumpama pakaian baru yang enak dipandang.
3. Buat sehingga pelanggan kita asyik memikir mikir, terfikir fikir mahu membeli produk kita. Lintasan produk kita sentiasa ada dalam bayangan minda bawah sedar mereka.
4. Buat sampai mereka betul betul MEMBELI.

Ibu segala persepsi dalam bisnes adalah KREDIBILITI.

Pandang masa depan bisnes yang kita ceburi. Apakah bisnes itu mempunyai 3 ciri berikut:
1. Margin keuntungannya mungkin kecil tetapi berpanjangan, mengalir sepanjang tahun.
2. Bisnes dapat berkembang, makin lama makin dapat keuntungan.
3. Ia dapat cipta peluang bisnes baru yang berkaitan.

Monday, 22 April 2013


Saya berniaga dengan Strategi Bercerita. Saya berkongsi  apa yang saya guna. Saya ceria sepanjang masa kerana saya tahu produk berkualiti yang saya guna banyak manfaatnya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Produk khusus untuk mereka yang BERANI CANTIK.

Apabila kita jual produk, kita mesti berusaha sampai pembeli rasa "terhutang budi" dengan kita. Kita telah berkongsi produk yang benar benar mereka perlukan, menyelesaikan masalah mereka dan membawa manfaat kepada mereka. Ini membawa kepada 'EKONOMI TERIMA KASIH'. ETK ini besar manfaatnya untuk jangka masa panjang, bisnes berterusan dengan pembelian berulang.

 Modal Sosial adalah modal yang penting dalam kejayaan. Salah satu modal sosial yang tinggi nilainya adalah JUMLAH RAKAN dan TAULAN ditempat tempat penting dalam rangkaian bisnes.

Kemahiran MELEBARKAN NETWORKING adalah skill menjadikan diri kita seorang yang pandai bercakap dan berbual bual, sehingga orang mahu menjadi rakan kita. Bersama Dato' Yusmira, Pengasas produk2 YUSMIRA.

Berguru dengan PAKAR. Celebrity Mekap Artis Zulfazli Suhadi bersetuju menjadi ikon dan penasihat Kelab Berani Cantik.

Sunday, 21 April 2013


Cantik mesti seiring dengan ketulusan hati. Seumpama kata Dr Nalinee Paiboon, Pengasas Giffarine, "Saya bukan wanita kaya, saya wanita bahagia"

Bisnes adalah bersahabat. Sahabat akan memudahkan perjalanan orang bisnes. Raikan sahabat dalam barisan Kelab Berani Cantik.

Rezeki datang secara berkala. Sekali sekala terlepas rezeki, usah risau. Sabar dalam menunggu. Yang penting sentiasa berada ditempat yang sepatutnya. Bersyukur. Rezeki lain pasti akan datang, datang dan datang. InsyaAllah. Bisnes adalah bersahabat.

Personaliti Diri adalah perlambangan peribadi kita sebagai Bisneswoman. Kita mesti yakin diri, selesa didekati dan mesra di hati. Dalam membina keyakinan diri, wajah memainkan peranan. Wajah boleh ditata rias oleh Jurusolek. Malam Wedding Glams 2013 membuka tirai di Hotel Grand Riverview Kota Bharu dan saya bakal bergabung dengan  Jurusolek tersohor Malaysia Zulfazli dalam program pencarian Jurusolek yang akan diadakan di seluruh negara. Inilah tekad BERANI CANTIK 2013.

Friday, 19 April 2013

Orang bisnes mesti mempunyai puak masing masing. Kita berniaga dengan puak kita.

Thursday, 18 April 2013


Tempatkan produk dalam minda pelanggan. Biar produk berkualiti sebati dalam hati. Pelanggan tertambat dan sentiasa ingat. Produk kekal bertakhta dalam minda, kemana pun pelanggan pergi.

5 MITOS karut tentang Usahawan. 
1. Kena ada Darah Usahawan. 
2. Perlu ada banyak wang. 
3. Mesti dapat sokongan subsidi kerajaan.
4. Berjaya masa ekonomi berkembang.
 5. Takdir 'mujur dan nasib baik' telah menentukan.

"Ya Allah, perbaikilah Agamaku yang menjadi pokok urusanku, Lapangkan untukkku dalam Rumahku dan berkatilah dalam Rezekiku".

Bisnes memerlukan kita jadi:
1. Duta Profesional Produk 
2. Bisneswoman yang boleh jadi ikutan rangkaian
3. Berpotensi kembang payung bisnes ke seluruh wilayah.

Usah berebut peluang. Belajar kemahiran cipta peluang. Cipta peluang bukan cipta produk baru, Cipta peluang datang dari melihat dengan sudut pandang berbeza. Cipta peluang  juga cepat datang dengan berteman kenalan baru.

Sunday, 14 April 2013


Ini pesan Dr Azizan Osman. Guru kejayaan saya.
Kita hanya berfikir apa yang kita mahu buat. Kita tidak membanding diri dengan sesiapa. Kita selesaikan urusan bisnes kita bukan sibuk mahu tahu urusan bisnes orang lain. Kita memilih rakan strategik yang boleh buat perkara yang kita tidak mampu lakukan sendiri. Kita  ada TTA (Things to Assign). Kita tidak mencari rakan selesa yang sekadar berfikir TTD (Things to Do)

Manusia mulia hatinya bersih. Manusia mulia memuliakan orang lain. Manusia mulia 1.Penyantun bersopan, 2. Memaafkan setiap orang saban malam sebelum tidur 3. Sentiasa bersedia tolong orang 4. Pemurah bersedekah 5. Menang dengan memenangkan orang lain 6. Bersyukur dan sabar ketika diuji 7. Merendah Diri dan senang bergaul dengan setiap lapisan manusia 8. Menghormati dan lebih dari itu memuliakan orang lain 9. Ingat Akhirat.

Peribadi sebenar setiap orang dapat diketahui menerusi kegemaran.

Orang yang berkeperibadian luhur, tentu selalu memiliki dua hal iaitu; Ghairah dan Kebaikan. Orang bisnes perlu belajar kemahiran berbual bual dengan orang berkedudukan. Orang bisnes juga perlu belajar bahasa bisnes yang sesuai. Ada 13 kemahiran berbual bual dengan orang bisnes.

Saturday, 13 April 2013


Jangan promosikan produk sembarangan. Ia bukan cara usahawan mendulang emas. Orang akan rasa bosan dengan sembang kita. Produk berlambak di pasaran. Pertama dan terutama, orang mahu membeli dari kawan, Kawan yang dikenali dan dipercayai. Ambil masa yakinkan mereka, kita adalah kawan. Mesra dan boleh dipercaya. Selalu beri tips bagaimana mahu cantik. Tidak lama, mereka akan bertanya, kita guna produk apa? Itu tanda "pemasaran berizin" telah bermula dan kita tidak akan menang tangan. Emas tempawan telah dapat didulang.

Kita adalah bisnes. Orang mesti lihat kita dengan Pesona Tarikan Sosial. Magnet tarikan kita mesti cukup untuk diri kelihatan menarik, kuat pula menarik orang untuk berkenalan dengan kita dan seterusnya menjalin hubungan bisnes dengan kita.

Kemiskinan  menumbuhkan sikap dungu. Kemiskinan juga menghasut jiwa untuk jadi beku. Kemiskinan berpunca dari rasa ragu.

Sekali melihat seorang adalah lebih baik daripada seratus kali  mendengar tentang dia. Mentor Bisnes mengajar, "Terbang 5000 km untuk berjumpa 5 minit". Nilai Tunjuk Muka mahal harganya dalam bisnes.

Angkasa Bisnes ini luas saujana mata memandang. Hidup ini adalah pilihan. Bisnes juga adalah pilihan. Cara tercepat untuk berjaya adalah belajar menerima realiti sektor pilihan. Sektor yang dekat di hati dan logik di minda. Usah muda terpesona dengan produk berkuasa magik. Sektor yang betul melajukan perkembangan bisnes kita.

Friday, 12 April 2013


"Jelitawan macam Emas Tempawam". Itulah tagline Berani Kaya Berani Cantik. Asasnya kita mesti ada keyakinan diri. Kita mesti jual Produk Premium kerana harga tidak berasaskan logik matematik lagi  maka duit yang datang tiada penghujungnya. Makin digali, makin banyak duit didalamnya.  Produk premium akan jadi produk komoditi bila ianya mudah didapati, bersepah di merata tempat. Yang kekal Premium adalah diri kita. Apabila diri kita dipandang premium oleh pelanggan maka impaknya terkena pada bisnes kita. Apabila diri kita premium, bisnes kita akan dipandang premium juga.


Orang yang poketnya tebal bukan membeli produk. Mereka "membeli gaya hidup". Belajar teknik mengurut ego pelanggan berduit dengan produk premium. Untuk menawarkan produk premium, diri kita perlu berdarjat premium dulu.
Bila kita faham ini tentu syarikat kita bukan nama Komplen Komplen Sdn Bhd. Kita akan jadi orang kuat. Orang kuat hebat dan bersemangat. Niat kita adalah untuk diri, keluarga dan masyarakat. Sebarang perkara yang tersekat, mengadu pada Allah SWT.

Thursday, 11 April 2013


Kita mesti pandai jual 2 perkara: 1. Menjual diri kita 2. Menjual bisnes kita. Menjual diri perlu kepada Pesona Tarikan Sosial. PTS akan menjadi  bila kita menepati 3 ciri. 1. Orang menyukai diri kita 2. Orang suka mahu berkenalan dengan kita 3. Orang suka menjalin hubungn bidnes dengan kita.

Wednesday, 10 April 2013


Kita adalah duta kepada produk yang kita jual. Kenalpasti ciri dan manfaat produk. Tembak dengan peluru bermanfaat. Pelanggan mahu tahu apa kelebihan produk itu untuk mereka. Ciri hanya menyokong kelebihan produk. Hanya yang pernah menggunakan produk sahaja yang boleh bercakap tentang kelebihan produk. Ciri adalah aspek intelektual. Faedah adalah aspek emosi. Manusia termasuk pelanggan kita kuat dipengaruhi oleh emosi. Emosi membeli produk.

Orang yang berjaya adalah orang yang menyudahkan apa dia mulakan. Prestasi lahir dari kemampuan kita untuk bertahan. Keunggulan kita mekar oleh siraman kegigihan. GIGIH BERTAHAN kunci KEJAYAAN. Berani Kaya.
Ada 5 kategori produk: 1. Produk jualan bermusim 2. Produk jualan sepanjang tahun, pasaran besar 3. Produk jualan sepanjang tahun, pasaran kecil. 4. Produk dibeli sekali seumur hidup 5. Produk dibeli berulangkali oleh pembeli yang sama. Kalau bisnes kita menjual produk kategori ke lima, produk yang boleh buat jualan berulang kepada pembeli yang sama bagi peluang kita untuk kaya adalah terbentang luas.
Bonda Guru selalu berpesan, "Jadilah orang yang baik. Apabila ada disukai. Apabila tiada dirindui. Apabila mati ditangisi. Jangan jadi orang jahat. Apabila ada dibenci. Apabila tiada disukai dan apabila mati disyukuri". Manusia suka berbisnes dengan orang baik.

Bina Bisnes  Hebat dengan 1. Kenal siapa kita 2. Apa yang kita mahu 3. Bagaimana cara terbaik untuk mencapainya.

Tuesday, 9 April 2013


Tiang pertama dalam bisnes adalah berkawan. Kepercayaan tidak dapat dibina dalam sekelip mata. Jenama dipercaya tidak wujud dalam tempoh satu malam. Kepercayaan jenama perlu pada keAKRABan. Dekat dan biasa dilihat. Rasa sedar, kenal dan minat akan datang bila biasa dilihat. Ulang dan ulang. Akhirnya mereka membeli.

Bisnes bukan tentang angan angan, sangka sangkaan dan agak agakan. Bisnes adalah tentang kerja keras, kerja cerdas dan kerja ikhlas.